Selasa, 27 Ogos 2013

KELEBIHAN AYAT KURSI

DISINI SAYA INGIN BERKONGSI DENGAN ANDA SEMUA TENTANG KELEBIHAN KITA MENGAMALKAN AYAT KURSI.

1.Baca pada saat keluar rumah,7000 malaikat akan menjaga kita dari semua sisi.

2.Baca saat masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumah kita.

3.Baca setelah berwudhu, darjat kita akan dinaikkan 70 tingkat.

4.Baca pada saat tidur, malaikat akan menjaga kita sepanjang malam.

5.Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian.

Jumaat, 23 Ogos 2013

kisah satu minit

Apa yang kita boleh buat dengan seminit ? Ya, tidak banyak yang kita boleh buat dengan seminit. Dengan SEMINIT kita hanya SEMPAT :

1) Berzikir ( Subhanallahi wabihamdihi ) sebanyak 100x
- "Sesiapa yang membaca (lafaz di atas) sebanyak 100x ada setiap hari, berguguranlah dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di lautan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2) Atau berzikir ( SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI SUBHANALLAHIL 'AZIIM ) sebanyak 50 kali.
- inilah ungkapan yang ringan pada lisan, BERAT PADA TIMBANGAN dan disukai ALLAH Ar-Rahman. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3) Atau berzikir ( LAHAULAWALA QUWWATA ILLABILLAH ) sebanyak 40kali.
- ini antara ucapan yang tersimpan dalam khazanah syurga. (Riwayat al-Bukhari)

4) atau berselawat sebanyak 30kali.
- Kalau sekali selawat, Allah berselawat untuk kita dengan 10kali. Maka 30 kali, jadinya 300 kali kita mendapat selawat ALLAH.

5) atau Membaca surah al-Ikhlas sebanyak 15 kali.
- Kalau baca sekali seumpama 1/3 al-Quran, maka dalam seminit, 5kali kita mengkhatamkan Al-Quran.

6) atau Membaca 5 kali Surah al-Fatihah.
- inilah surah teragung dalam al-Quran. "Hendakkah aku ajarkan kamu satu surah yang merupakan surah teragung dalam al-Quran? Iaitu 'alhamdulillahir rab al-alamin'. Ini tujuh ayat yang berulang-ulang beserta al-Quran agung yang kau terima." (Riwayat al-Bukhari)

7) atau Memberi Salam dan berjabat tangan dengan 5 orang.
 atau Membaca 2 Helai halaman daripada majalah atau buku bermanfaat.

9) atau Membaca sehelai halaman al-Quran.

10) atau Mendapat redha dan restu ibubapa dengan menelefon dan bertanya khabar mereka di kampung.

11) atau Mengangkat tangan berdoa memohon hajat kepada ALLAH.

# YA ! "TIDAK BANYAK" yang boleh kita lakukan dengan SEMINIT.